Berita Semasa|December 16, 2011 2:26 pm

Anwar Ibrahim Bukan Umat Nabi Muhammad S.A.W?

WALAUPUN pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik.   Apalah daya seorang individu melawan seluruh sistem kehakiman dan kerajaan.  Namun, apa yang kita kesali ialah sikap yang diambil oleh peguam bela, terutamanya Karpal Singh sebagai ketua yang seolah-olah tidak mencuba sebaik mungkin dan mengaku kalah sebelum berjuang ke titisan darah yang terakhir.

Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa.   Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan.  Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.  Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian.  Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku.

Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful.  Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa.  Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.

Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya.  Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya?  Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?

Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?

Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar.  Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam?

Tidak mungkin Datuk Seri Anwar yang warak itu melakukannya secara suka sama suka mahupun paksa.  Sebagai seorang Muslim yang beriman Datuk Seri Anwar pasti tahu bahawa liwat adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah S.W.T.  Perlakuan sedemikian akan menyebabkan Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umatnya.

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth yang gemar hidup menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.   Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.

Jelas di sini, bahawa Karpal Singh sudah benar-benar terlalu angkuh dan tidak membuat kerjarumah dengan baik bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Tidak hairanlah terdapat desas-desus bahawa berlaku perbalahan di kalangan peguam-peguam Datuk Seri Anwar yang menimbulkan dolak dalih dalam membuat keputusan sama ada untuk mengsapina Tan Sri Musa Hassan.  Perbalahan ini tidak mungkin berlaku jika Karpal adalah seorang ketua yang baik.

Amatlah malang bagi Datuk Seri Anwar kerana terperangkap dalam keangkuhan Karpal.  Kes ini mungkin tidak akan berakhir begini jika Karpal lebih bertanggungjawab serta tidak bersikap terlebih yakin.

Oleh:  Azman Ariffin

Tags: , , ,
  • Share this post:
  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg

16 Comments

  • Kalau Karpal dengan segala upaya yang ada padanya membela Anwar dengan menampilkan kesemua saksi, bukti, alibi, keraguan…. sehingga tiada apa yang tinggal pada masa perbicaraan sekarang ini… Adakah anda semua rasa Anwar akan menang perbicaraan ini…??? anda semua tahu bagaimana sudah dirancang… Oleh itu, Strategi akan datang lebih penting dari strategi sekarang… fikirkan….

  • Karpal kan dah kata ‘Anwar Ibrahim mesti bertaubat’..

  • Sebab itulah Anwar mahu dibicarakan di mahkamah syariah agar hujah2 dapatdibentangkan dengan cara Islam. Tapi dah Bn takut, dia seret jugak ke mahkamah sivil, dah sivil so kenalah argue ikut undang-undang.

  • Dulu I suka dia tetapi sejak dia banyak berdolak dalih, sering menyalahkan orang..perbicaraan tertangguh tangguh….KALAU KITA BENAR KENAPA KITA NAK TAKUT…”BERANI KERANA BENAR” tapi prinsip tu tiada pada dia…I ternanti nanti bukti bukti dan alibi yang dia katakan..elek..kawan kawan I pun dah tak percaya pada dia..sedih lah..TUHAN akan tolong hamba yang teranyia tapi sekarang tengok raut dan airmuka pun keruh tiada nur..jadi pengundi atas pagar lah I ni nanti..nak harapkan PAS, UMNO sama aje..better undi BEBAS tapi problem juga..entahlah..

  • Anti-climax betul.. Sebelum ni siap palu gendang merata kata ada saksi alibi la..lastly, habuk pun tarak.. Confirmed kejadian toron tu memang berlaku., atas ‘kerelaan’….Aduss!!! Aku dah tertipu..pemimpin idola aku sememangnya peminat karipap kunyit..

  • nasihat karpal kpd anuar utk beri kenyataan dr kandang tertuduh adalah tepat.bygkan keterangan pakar2 dr luar negara pun senang2 dipatahkan,inikan plak anuar bila disoal balas pendakwa.habis “terburai nanti kisah sebenar”ape yg berlaku waktu tu.kalau jd mcm tu takde lah point nak kelentong lg…
    tak gitu?..

  • Alahai! Sembhg hajat pu dah dubuat berkali2. Nampak inilah bukti Allah itu hebat. Kalau mksiat dubuat tapi masih tak taubat… Kebenaran akan terbukti jugak! Anwar mmg tK dak alibi! Karpal sbgi peguam tahu anwar bersalah n mmg susah nk bantu anwar lagi! Karpal pun daeh insaf n tak mahu tolong org yg mmg salah! God is great…. Adakah pembaca persan bahwa tiada peguam islam yg nk bela anwar?? Y sebabnya ….. Tuhan saja yg tahu! Anda bmana?

  • Kesian En. Azman. Kalau dia mahu mendapat maklumat teliti yang masuk akal mungkin dia perlu berjumpa Karpal Singh.

    Perkara ini tidak boleh di bincang di khalayak ramai. Ianya akan menimbulkan aib pada orang yang sudah aib bernama Peliwat Tegar.

    Karpal lebih mengetahui. Dia telah buat homework dia.

    Perkara ini ibarat menjolok jari kedalam dubur. Makin di jolok makin kotor.

    Harapan menang tiada langsung tapi kalau di bongkar habis habisan saja cukup untuk memalukan Anuwar.

    Dalam perbicaraan awal yang sekadar di pinggir pinggir saja Anuwar telah momohon supaya perbicaraan tertutup di jalankan. Apakah maksudnya itu?

    Belum pernah dalam sejarah yang di tuduh meminta perbicaraan tertutup. Adakah Anuwar malu dengan modus operandinya? Ataukah modus operandi yang ‘unik’ itu terlalu rahsia untuk di hebahkan pada khalayak ramai?

    Selalu ingat yang anda memelih si pondan atau orang tak da telur menjadi pemimpin. Nampak macam berani dan berapi tapi sebenarnya menikus.

  • Pendakwaraya mempunyai bahan bukti yang sukar untuk ditangkis iaitu dna daripada ekstrak air mani. Satu-satunya cara untuk membebaskan Anwar ialah dengan mencari kesilapan teknikal. Undang-undang sivil adalah ciptaan manusia. Sudah tentu ada lompong atau kelemahan yang boleh dipergunakan sepenuhnya.

    Hujah suka sama suka memang boleh membahayakan nyawa politik anwar. Tapi jika difikir-fikirkan, tak salah hujah tu digunakan jika ianya boleh membantu untuk membebaskan anwar. Masalahnya ialah bagaimana nak membuktikan bahawa kejadian liwat itu adalah suka sama suka ? Mana ada orang yang suka sama suka buat laporan polis. Sila buktikan yang menunjukkan bahawa saiful suka diliwat. Jangan sekadar cakap kosong je.

    Satu lagi, kenapa pihak pembelaan gagal menampilkan saksi alibi yang boleh membuktikan bahawa anwar tiada di tempat kejadian. Susah sangat ke nak dapatkan wan azizah, nurul izzah atau ahli-ahli mesyuarat di kondo tersebut.

    Menyentuh tentang teori konspirasi. Sehingga sekarang, tuduhan cuma tinggal tuduhan semata-mata tanpa sebarang pembuktian. Tolong buktikan bahawa anwar ‘terpaksa atau dipaksa’ mengambil saiful sebagai pembantunya, supaya barulah boleh dibuktikan bahawa konspirasi itu wujud.

    Akhir sekali, saranan saya ialah agar anwar bersumpah atas nama Allah bahawa dia tidak pernah melakukannya. Saya percaya, inilah satu-satunya peluang yang anwar ada untuk menarik kembali sokongan terhadapnya.

  • Tidak perlu salahkan Karpal Singh kerana mana-mana lawyer yang terbaikpun tidak mampu untuk menyangkal sesuatu kebenaran kiranya kejadian liwat tersebut benar-benar berlaku.

    Kesilapan umat Islam terutamanya para pencinta Anwar ialah kerana terlalu suka mengamalkan perkataan `tidak mungkin`; tidak mungkin Anwar meliwat kerana dia dianggap seorang yang warak`.

    Dalam dunia akhir zaman, hampir kiamat ini tiada apa pun yang tidak mungkin. Segalanya berkemungkinan, lagipun tiada siapapun yang maksum selain para Rasul dan para Nabi. Banyak contoh-contoh boleh dilihat dalam kehidupan sekarang jika rajin berfikir…

  • Karpal memang dah tau clien dia memang kaki bontot. Allah swt kelukan lidah dia untuk berhujah. Hanya penyokong2 yang memang suka atau tak kisah aktiviti kaum Lut ini sahaja yang tak nak terima kenyataan.
    Inilah yang dikatakan taksub, assobiah dan jahil Tak kira salah atau betul tetap nak sokong jugak dan menyalahkan pihak2 lain.

  • Hahaha, lelaki biasa nak rogol perempuan pun susah, nak kena lempang smpi pengsan baru boleh masuk anu ini kan anwar yang tua tu, takkan saiful begitu lemah, perempuan kita raba bahu pun makan pelempang inikan saiful yg telah ditoron relak je menahan. Takut mcm mana pun kita, takkan kita nk biar org mendayung kita begitu sahaja smpi klimaks, lain lah kalo saiful rasa syok. Perempuan kalau dirogol terus akan mengadu dan buat report polis inikan saiful lepas ditoron boleh relaks buat appointment tunggu si DIA free nak mengadu dulu baru report polis.

  • “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

    berdasarkan hadith diatas.. nabi tidak ada mengatakan dia tidak mengaku umat kepada kaum yang mengikuti jejak kaum nabi luth?

    dari mana datangnya riwayat “nabi tidak mengaku umatnya kepada sesiapa yang melakukan liwat”