Utama|January 31, 2012 2:40 pm

NFC: Kewajaran Menggunakan ‘Khidmat’ Shamsubaharin

NFC Kewajaran Menggunakan 'Khidmat' Shamsubaharin

DATUK Shamsubahrain Ismail mungkin gagal ‘berkhidmat kepada Pengarah Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam usaha merasuah pegawai penyiasat polis yang menyiasat kes membabitkan ‘penyelewengan’ dana kerajaan oleh syarikat tersebut, seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah sekarang.

Tapi dalam masa yang sama, penulis tidak nampak bagaimana orang seperti Shamsubahrain boleh menyumbangkan ‘khidmatnya’ kepada Pakatan Rakyat pula?

Kalau-kalau terlupa, penulis suka nak ingatkan bahawa Shamsubahrain adalah seorang yang kelihatan di mata masyarakat sebagai penipu.  Beliau mungkin di’kambing hitam’kan dalam kes NFC ini, tapi bagaimana pula dengan pembabitannya dalam beberapa kes penipuan lain?

Belum apa-apa lagi imej Shamsubahrain sudah terjejas teruk dan penulis tidak pasti sama ada ia permulaan yang baik untuk membuka lembar baru dalam hal NFC ini setelah usaha yang pertama gagal.

Gagal dalam erti kata tidak ada ‘penyelewengan’ disebut dalam laporan Audit 2010 seperti disahkan oleh Ketua Audit Negara sendiri.

Penulis bimbang, keadaan itu akan menyebabkan apa pun bukti dan maklumat yang bakal didedahkan Shamsubahrain tidak mempunyai kredebiliti dan boleh dipertikaikan.

Penulis difahamkan daripada pelbagai laporan berkaitan, Shamsubahrain mempunyai bukti dalam bentuk teks mesej dan sebagainya bagi membuktikan dakwaannya di’kambing hitam’kan oleh pihak pengurusan NFC.

Bukti seperti ini mungkin kelihatan ‘solid’ tapi ia juga boleh dipertikaikan kerana tafsiran yang berbeza.  Apatah lagi dengan latar belakang Shamsubahrain yang terpalit dengan pelbagai kes membabitkan penipuan.

Penulis sebenarnya lebih gemar kalau Shamsulbahrain dibersihkan terlebih dahulu dari segala ‘kekotoran’ yang terpalit pada dirinya sekarang.

Setakat yang penulis tahu, rakyat Malaysia mementingkan intergriti individu dalam hal-hal pendedahan sedemikian.

Walaupun ia mungkin memakan masa tapi itu adalah lebih baik dari PKR dan Pakatan Rakyat menerima kesan negatif sekiranya Shamsubahrain memberikan maklumat yang mungkin menjerat kita semula dikemudian hari.

Tags: , , , ,
  • Share this post:
  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg