Berita Semasa|February 1, 2012 9:10 pm

Isu Israel: Kenapa Anwar Dibiarkan Keseorangan?

PENULIS lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim keseorangan dalam mempertahankan isu berkaitan dengan melindungi keselamatan Israel yang disebut dalam temuramahnya dengan The Wall Street Journal pada 26 Januari.

Komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat sama ada membisu atau mengambil jalan selamat dari mengulas lebih lanjut tentang isu ini.  Paling mengecewakan ialah PAS yang bukan setakat tidak menyokong malah membiarkan jentera pemudanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Penulis dimaklumkan dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan baru-baru ini, Anwar secara terbuka telah mengkritik pemuda PAS atas kelantangan mereka mengulas isu tembual beliau tersebut, jauh dari konteks sebenar.

Kepimpinan PAS perlu berbuat sesuatu dengan sayap pemudanya yang masih terikat dengan perjuangan PAS yang ‘lama’.  Mentaliti pemuda PAS hari ini tidak berbeza langsung dengan dahulu walaupun banyak yang telah berubah dengan penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat.

Penulis tidak mahu menyebutkan siapa, tapi percayalah kalau keadaan ini tidak dikawal dalam pemuda PAS, ia boleh menjurus kepada berulangnya tragedi yang dicetuskan Hasan Ali sehingga membawa kepada pemecatannya.

Tapi sikap Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang berterusan mendiamkan diri juga tidak boleh diterima akal.

Kalau pun ada yang menjawab, kebanyakannya lebih banyak menumpu kepada respon Anwar ke atas kenyataan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohammad yang menuduh Anwar ‘rapat’ dengan yahudi.  Tidak kurang juga yang memainkan kembali isu berkaitan dengan surat yang konon dihantar oleh Mahathir kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Sedangkan seingat penulis isu tersebut telah dijawab Mahathir dalam blognya pada 2008 disini.

Pendek kata, kalau pun ada yang menjawab, ianya terkeluar dari isu sebenar yang sedang menjadi perdebatan hangat di Internet, terutama blog-blog pro UMNO dan laman media sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Yang sebetulnya, kenyataan rasmi Anwar berhubung isu tersebut sudah cukup bagus untuk menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh UMNO dan blogger upahan mereka.  Transkrip penuh (berkaitan Israel) temubual Anwar dengan TWSJ:-

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”

Penulis akui, ramai juga yang memetik kenyataan tersebut untuk menjawab tapi kenapa ia dibiarkan tanpa kupasan lanjut?

Harapan untuk melihat kepimpinan PKR dan DAP membela Anwar dalam isu ini juga nampaknya hanya tinggal harapan.  Kelihatannya tidak ramai yang mahu bercakap mengenainya seolah-olah bersetuju dengan propaganda mainan media UMNO.

Keadaan ini menyebabkan Pakatan Rakyat ketinggalan di belakang dan Anwar terus menerus dituduh sebagai pensimpati yahudi tanpa mendapat pembelaan sewajarnya dari kita sendiri.

Pada pendapat penulis, isu ini sangat besar untuk Datuk Seri Anwar mengendalikannya bersendirian.  Kalau ada yang fikir isu ini dengan cepat dilupakan seperti mana kebanyakan isu lain, mereka sebenarnya membuat kesilapan besar.

Dalam konteks Malaysia, hubungan dengan yahudi ini sangat kritikal apatah lagi bila Anwar digambarkan akan ‘melindungi keselamatan Israel’ oleh UMNO jika mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Justeru sesuatu perlu dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus menerus mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN di negara ini.

Tags: , ,
  • Share this post:
  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg

5 Comments

  • ini adalah video ucapan anwar tentang pendiriannya ke atas Israel.

    http://www.youtube.com/watch?v=WH4fOoZ2X3M&feature=player_embedded

  • aik..berani buat berani tanggung la. anwar buat tai, takkan nak PAS cuci pulak. suruh jer la cacai anwar yang bersepah dalam PKR tu tolong cucikan. stabas pemuda PAS

  • video ni tak guna la..masalah dia setuju article tu betul..tak de salah,cuma dia cakap umno focus yg pasal israel tu je,tak focus palestin. masalah kalau baca whole article pon memang salah..apa nak takut kalau dah terlajak mintak maaf la kat dunia..sebab article tu menguris hati umat islam dunia,bukan saja malaysia..Isu back up tak backup bukan isu..kami dari Pas sentiasa back up dari satu isu peribadi ke satu isu peribadi..kenapa kami back up?Kami tahu dan dapat rasakan anuar betul..tapi kena ingat bukan semua isu kami nak kena back up..Kenapa anda double standart dalam hal ini..Kenapa tak buat artikel “Isu KUIN: Kenapa Azizan Dibiarkan Keseorangan? ” malah bukan memback up, mengeruhkan lagi keadaan contoh komen Nik Nazmi adun PKR kat selangor memberi komen negatif terhadap Azizan..Kenapa bila PKR ada masalah,Pas kena back up..Kenapa Pas ada masalah pemimpin PKR fire Pas dengan alasan ”inilah kami pakatan kalau rakan buat salah kami takkan berkompromi”..kenapa statement ni hanya valid untuk PKR..Ingat kita pakatan, jangan guna cara kotor nak dominan satu2 negeri tu..Awas Azmin!!

  • Tuan Presiden Abd Hadi Wang dah bt kenyataan rasmi yg negara Israel adalah haram x wujud di ddlm peta dunia..wajib bg umt Islam mempertahankan Bumi Palestin dan menghalau Israel dr tanah Palestin..knp anwar perlu bt knyataan begini????bodohlah..kami Pemuda PAS semakin mual dgn cara Anwar dan ikhlas ada antara ahli2 Pas sudah mula meninggalkan PAS..siapa yg rugi??Anwar punyer psl kami PAS yg teruk