Utama|February 25, 2012 10:52 am

Kerjasama BN: Kenyataan Khalid Samad Berlawanan ABU

Kerjasama BN Kenyataan Khalid Samad Berlawanan ABU

DATUK Seri Anwar Ibrahim sudah diiktiraf masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin Islam yang mempunyai pendekatan sederhana dalam soal menyatukan perbezaan antara masyarakat Islam dan barat di dunia.  Tidak hairan kenapa pendapat Anwar ibarat ‘goreng pisang panas’ di kalangan pemimpin-pemimpin Arab bila bercakap tentang konflik Arab-Israel umpamanya.

Justeru, amatlah mengejutkan bila seorang Ahli Parlimen PAS, YB Khalid Samad (Shah Alam) mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan BN (sebut UMNO) dalam isu Palestin-Israel ini.

Soal yang pertama, dimana maruah Khalid Samad sebagai ahli Parlimen Pakatan Rakyat sehingga tergamak menolak kebolehan dan keistimewaan sedia ada dalam Pakatan Rakyat (Anwar) dan memilih untuk bekerjasama dengan UMNO dalam isu Palestin-Israel?

Soal yang kedua, adakah Khalid Samad juga takut kehilangan undi dan kerusi seperti mana kepimpinan PAS yang lain apabila mengambil keputusan ‘menjauhi’ Anwar sejak isu melindungi keselamatan Israel ini timbul?

Soal yang ketiga, tidakkah kenyataan Khalid Samad ini berlawanan dengan kesepakatan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk menolak sebarang kerjasama dengan UMNO/BN yang membawa kepada penubuhan gerakan Asal Bukan UMNO (ABU) yang dilancarkan pada 9 Disember 2011?

Kerjasama BN Kenyataan Khalid Samad Berlawanan ABU

Penulis harap ada yang berani menjawab soalan ini kerana di pihak penulis sendiri, tiada jawapan yang boleh diberikan.

Keadaan sekarang mengingatkan penulis kepada kisah yang berlaku lebih 5 bulan yang lalu dimana seseorang pernah memberitahu penulis, PAS bukanlah kawan yang baik ketika susah.

Ketika itu penulis mengabaikan pandangan tersebut kerana kelihatannya PAS adalah parti yang paling banyak  berkorban dalam Pakatan Rakyat termasuk menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam/hudud dan menggantikannya dengan negara berkebajikan demi mendukung prinsip kesamaan dalam Pakatan Rakyat.

Tapi pandangan tersebut sedikit sebanyak mula menunjukkan logik kini.

Laman ini melihat banyak yang sudah berubah dalam konteks hubungan PAS-PKR sejak isu kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal itu menjadi kontroversi, kontroversi dalam erti kata mensensasikan isu yang sebenarnya tiada isu.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kepimpinan atasan Pakatan Rakyat yang sedar dengan perkembangan tidak sihat ini walaupun penulis tahu ada biro-biro tertentu dalam DAP yang mengkaji dan mengawasi situasi ini dengan penuh minat.

Tags: , , , ,
  • Share this post:
  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg

3 Comments

  • biar makan babi, minum arak, berzina, kawan baik dengan yahudi zionist, ASALKAN BUKAN UMNO

  • serius bodo blog ni..aku hormat anuar,aku sokong anuar jadi PM..tapi ko jangan taksub anuar sangat bro..

    • dakam thread ni penulis tidak membincaangkan tentang DS Anwar tapi kenyataan khalid samad untuk bekerjasama dengan BN pada jumaat. Nama DS Anwar disebut bagi menunjukkan bahawa dalam PR, sudah ada pakar dalam hal ehwal antarabangsa yang boleh dirujuk, buat apa nak bekerjasama dengan BN?

      membaca dengan hati..